Sunday 30 December 2012

Kenapa Islam Ada 4 Mazhab

1. Sejak kecil, kita terutamanya budak-budak Malaysia telah dididik dengan hukum-hakam agama seperti yang telah tertulis di dalam PAFA (legend doh buku ni). Jika masih ingat, semua hukum yang kita belajar, adalah Mazhab Syafi’e kan?

Saturday 29 December 2012

Pesawat Tidak Boleh Terbang Waktu Azan



TEHERAN: Menghormati laungan azan lima kali sehari di Iran semakin diperketatkan.
Pertubuhan Penerbangan Awam Iran semalam mengumumkan perintah semua pesawat tidak dibenarkan berlepas ketika azan dilaungkan sebelum umat Islam bersolat. 
Semua pesawat yang dijadualkan berlepas di Iran kini perlu menunggu sekurang-kurangnya 30 minit sehingga azan subuh selesai.

Keluarga Pelangi


LONDON: Sepasang suami isteri menjadi perhatian apabila anak-anak mereka memiliki tiga warna kulit berbeza.
“Keluarga Pelangi” Chris Giddings itu dianggap seperti sekotak coklat dengan gabungan warna gelap, perang dan putih. Ketika anak sulung mereka, Jacob, lahir enam tahun lalu, tiada yang aneh kerana kulitnya berwarna perang.

Friday 28 December 2012

Says Mengalami Masalah Delay

Assalamualaikum,kepada blogger-blogger atau sesiapa yang ada account say tetapi mempunyai masalah dimana special earning korang masih tidak meningkat??Walaupon UV korang sudah banyak tapi earning korang masih tidak bertambah?Mesti korang tertanya-tanya kenapa?Jangan risau sebab pihak says ada masalah teknikal,so korang just rileks.Mula-mula admin pun rasa pelik napa lah tak naik2 akhir nya baru admin tahu.Mereka akan  update sistem diorang pada  29 Dec (esok).Then sesiapa yang ada terima mesej dari pihak says baguslah ,sesiapa yang tidak ada tu ni mesej diorang bagi:

''We are receiving many messages regarding earnings and UVs that were not updated. Unfortunately, our system has been facing slight delays in processing clicks and unique visits, due to the unusual influx of clicks over the past week. 
This problem began on Sunday (23rd Dec) is still ongoing until now. We would like to apologize for this.
Our tech team has been recovering and processing clicks in batches, and we'd like to reassure you that all the clicks you've received over the past week were recorded. All clicks before the 26th Dec have been processed, and the remaining ones should be processed by the end of tomorrow (29th Dec).
If your earnings and UVs are still not updated by the end of tomorrow (29th Dec), you can reply to this message with:
Name of the Special(s)
Number of UVs for each Special(s)
Total earnings for each Special(s)
Do bear in mind that not all clicks are rewarded. Only Unique Visits that are received before the Special has been completed and before the reward limit is reached are rewarded.
Once again, we are very sorry for any inconvenience that we may have put you guys in. 
Thank you for your patience and your understanding :) ''

Diharap artikel saya ni korang share2 kepada sesiapa yang ada account say :D

Entri Lain Yang Menarik:
(scroll bawah untuk popular post)

P/S:Admin tidak paham sangat BI ni ,hope korang leh translate di komen xD...

Anjing Yang Ditembak 40 Kali Masih Hidup



Ini mungkin kes paling terok yang dialami oleh binatang. Seekor anjing ditembak 40 kali di kepalanya, diikat, dan kemudian ditanam hidup-hidup dengan hanya hidungnya di permukaan pasir,Subhanallah…dengan kekuasaan Allah,anjing itu tetap hidup. Kejadian ini berlaku di BIRZEBBUGA.
Anjing (crossbreed mongrel) yang diberi nama ‘Bintang’ oleh penyelamatnya itu ditemui dekat Kota Birzebbuga, Malta.

Thursday 27 December 2012

Azwan Ali Serang Johan Di Era Fm?




Jika anda sempat menonton program lawak terbitan Astro, Maharaja Lawak Mega 2012 pada Minggu 6 yang lalu, pasti anda tidak ketinggalan untuk menyaksikan giliran kumpulan Jozan membuat persembahan. Pada ketika itu, Jozan yang dianggotai oleh Johan dan Zizan telah membuat persembahan bertemakan rancangan TV iaitu 'Propaganjil' (Propaganza). Pada babak itu, Johan turut melakonkan watak Azwan Ali dengan menggelarkan dirinya Azwan Awie Ali (Triple A).
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Padah kerana melakonkan watak itu, Johan telah diserang oleh empunya nama melalui panggilan telefon di konti radio ERA FM. Pada perbualan itu, Azwan Ali mengatakan akan mengambil tindakan saman terhadap Johan yang juga turut memegang watak 'Mak Jemah' pada JoHaRa Pagi ERA itu.

Jom ketahui perbualan diantara mereka di >>>  JoHaRa Pagi ERA




Credit:
Lebih lanjut sila pergi ke artikel asal :
http://speakerpecah.blogspot.com/2012/12/azwan-ali-serang-johan-raja-lawak-audio.html

Wednesday 26 December 2012

Mendiang Tun Dr Lim Keng Yaik Diberi Perhormatan Terakhir Negara




Bekas Presiden Gerakan, Tun Dr Lim Keng Yaik diberi penghormatan negara dengan perarakan keranda mendiang bermula kira-kira pukul 10.30 pagi Rabu dari kediamannya di Tropicana Golf and Country Resort.

Perarakan bermula dengan keranda mendiang, yang dibaluti Jalur Gemilang, diusung perlahan-lahan oleh anggota dari Bahagian Istiadat Angkatan Tentera Malaysia ke dalam kereta.

Perarakan sejauh kira-kira 50km itu melalui Menara PGRM yang menempatkan ibu pejabat parti Gerakan di Cheras menuju ke Krematorium Cheras.

Monday 24 December 2012

Kenapa Kiamat Tidak Berlaku Pada 21.12.12



KENAPA KIAMAT TIDAK BERLAKU PADA 21/12/12?
| Menurut NASA ramalan kiamat berlaku pada 21 disember 2012adalah sesuatu yang tidak masuk akal.Oleh sebab itu NASA mengeluarkan sebuah Video yang berjudul why the world didn’t end bagi menjelaskan kenapa kiamat tidak terjadi pada tarikh tersebut seperti yang diramalkan dalam kalender kuno suku maya.

Menurut para pengkaji isu ini timbul ap bila berlaku salah faham diatas sistem kalender suku maya yang jika dipadan kan dengan kalender masihi akan berakhir pada 21.12.2012.maknanya tarikh kalender itu berakhir dan akan masuk ke tahun yang baru.contohnya sepeti tarikh 31.12.2012 adalah tarikh yang terakhir untuk tahun 2012 dan 1 january untuk permulaan tahun yang baru.

Menurut satu cerita yang dihebohkan di internet,ada planet yang bernama NIibiru yang akan menghampiri dan melanggar bumi.kalau memang betul ujudnya planet ini,pihak NASA sudah lama dapat mengesan planet ini.Ada beribu orang ahli astronomi yang menyoroti langit setiap malam juga tidak mengesan apa-apa petunjuk seperti yang dihebohkan.

Sebelum ini ramalan Planet Nibiru atau planet X akan melanggar bumi pernah di hebohkan pada tahun 2003.namun ramalan itu tidak tepat dan pihak2 yang yakin kiamat akan terjadi pada tarikh tersebut telah meminda ramalan tesebut pada tarikh 21.12.2012.

Fenomena2 alam  yang terjadi juga banyak dikaitkan dengan ramalan hari kiamat.antaranya berlakunya penjajaran planet2 dalam satu garis lurus yang dikataka bakal menyebabkan kegelapan dibumi.

sejak dahulu lagi ada beribu ramalan kiamat yang diperkatakan.yang pasti kita masih disini-Don Yeomans(pimpinan program Near-Earth Object di Jet Propulsion Laboratory).sumber-http://www.myberita.com/

Ciptaan Tuala Yang Kreatif Dan Unik



Assalamualaikum,admin amat teruju dengan tuala yang direka khas ini.Ini merupakan Censorship Towel. Tuala ini merupakan satu konsep produk daripada Carmichael Collective. Simple and creative idea!









Sumber Asal:
Entri Lain Yang Menarik:
(Atau scroll dibawah untuk popular post)





Sunday 23 December 2012

Hukum Tertelan Air Mani-Ustaz Azhar Idrus


Assalamualaikum .admin nak share sikit dari blog Buku Semasa.

Dengar betul-betul penjelasan Ustaz Azhar Idrus. Untuk mereka suami isteri disaat bersama mesti inginkan kepuasan. Tetapi harus diingat, walaupun dah disahkan sebagai suami isteri dan bebas untuk lakukan apa sahaja, kena tahu juga hukum-hukumnya. Baru dapat membezakan antara manusia dan ........!

Apa yang menarik perhatian sebenarnya bukanlah video ini tetapi komen-komen dibawahnya agak panas. Hehe Biasalah jika keluar benda-benda macam ni maka keluar juga lah persoalan-persoalan sewaktu dengannya.

Saturday 22 December 2012

Gangnam Style mencipta sejarah dunia apabila ditonton 1Billion kali


Assalamualaikum, akhirnya tarikh 21.12.12 telah pun berakhir selepas banyak dakwaan bahawa dunia ini akan berakhir pada tarikh tersebut.Tetapi ini tidak berlaku kerana kita orang islam percaya kepada kekuasaan Allah S.W.T.Tetapi disini admin mahu berkongsi info dimana pada pukul 2 pagi (waktu Malaysia)  video tarian kuda (Gangnam Style) telah mencipta sejarah tersendiri apabila jumlah tontonan  mencecah 1 Billion  dan ramalan Nostradamus telah pun disangkal.




>>Info lain <<
Video yang dimuat naik oleh PSY pada 15 Julai lalu terus ditonton sehingga sekarang.Video Gangnam Style ini akan terus ditonton dan jumlah nya terus bertambah setiap masa.Tahukah korang bahawa 40 view per Saat yang menonton video tersebut manakala 100 komen per minit.Ini telah mencipta sejarah dunia bahawa video ini menjadi satu-satunya video didunia yang paling banyak ditonton.Dan ia trend yang peningkatan yang tidak dapat dihentikan sejak ia dimuat naik di Youtube.

Like my Fanpage and share :D
P/S:Admin rasalah video ni tidak dapat ditandingi oleh mana2 video di youtube dan merupakan video OWESOME dalam sejarah dunia.Lagi pun video ni mencecah 1 Billion pun sebab ramalan karut si Natradamus.Kalau tak mungkin 2-3 bulan baru video ni ditonton 1 Billion kali kot?? hahaha ape2  pun mesti
menjadi satu kebangaan kepada PSY <<< satu2 nya manusia yang ditonton sehingga 1Billion XD





Friday 21 December 2012

Video Gangnam Style Dikaitkan Dengan Kiamat? (Ramalan Nostradamus)


Assalamualaikum, masa admin buka fb admin, admin terperasan satu post dari member dalam satu group.Dalam post tersebut seorang peramal terkenal dunia iaitu Nostradamus meramal bahawa dunia akan kiamat jika bilangan view video Gangnam Style di Youtube mencecah 1Billion .Wallahualam ,tak tahu benar atau tidak.Perkara ni dah pun heboh di media cetak seperti Metro.Nostradamus merupakan peramal yang terkenal dilahirkan pada 1503.Kebanyakan nya ramalan dia menjadi kenyataan.

Siapa itu Nostradamus?:
Nostradamus

Petikan :

''From the calm morning , the end will come when of the dancing  horse the number of the circles will be nine ''Nostradamus,1503.
Ertinya 'Form the calm morning' bermaksud negera Korea Selatan diberi nama jolokan calm morning dalam Bahasa Inggeris.

Manakala 'dancing horse horse' sudah menjelas kan tarian kuda iaitu Gangnam Style.

Sementara itu, 'Circle will be nine' menjurus ke arah angka 1 billion  yang mempunyai sembilan 0.

Kini angka penonton  lagu Gangnam Style pada 21.12.12 sudah mencapai angka 997,228,920 berserta 4juta komen di Youtube.

Kalau nak tahu view terkini korang leh tengok di youtube sekarang ni.


Sumber Asal : 
http://mynewshub.my/2012/12/20/nostradamus-kaitkan-lagu-gangnam-dengan-kiamat/

Monday 10 December 2012

Kisah Kasih Seorang Bapa Kepada Anaknya




Assalamualaium,harap para pembaca sekalian dapat pengajaran dari kisah di bawah ini :D


anak--> mak nak duit.

mak--> maaf nak,mak nak simpan duit ni untuk bayar sewa rumah.

anak--> kenapa dulu ayah tak nak beli rumah, jadi kita tak payah la nak dok umah sewa lagi. dah la sempit, tak best.

mak--> bersyukur la nak dengan apa yang ada. dulu ayah kamu seorang yang berhati hati dalam berbelanja. namun kerana sesuatu perkara yang tak dapat dielakkan, duit yang ayah kamu simpan untuk membeli rumah telah ayah kamu gunakan kepada sesuatu yang lain.

anak--> arghhh alasan semua tu...kita ni hidup susah melarat macam ni pun sebab ayah la... pemalas. tengok sekarang apa yang kita kena hadapi.

emak--> jangan cakap macam tu nak. tak baik. kesian kat ayah kamu kalau dia dengar pasti dia terasa hati..

anak--> ayah takkan dengar punya.. dia kan dah takda...tu la dulu hidup banyak nyusahkan orang...dah mati pun nyusahkan orang...

emak--> nak tahu kenapa ayah kamu ninggal?

anak--> alaa mesti kes jenayah la tu.

emak--> yer ayah kamu ada buat salah.. tapi bukan kesalahan jenayah. kesalahan ayah kamu ialah dia sanggup memindahkan sebahagian hatinya untuk kamu. dan bayaran yang digunakan untuk menjalani pembedahan itu menggunakan wang untuk membeli rumah. dia telah mengalami komplikasi serius akibat kehilangan darah yang mendadak. dia lakukan semata mata untuk melihat anaknya yang baru berusia dua tahun itu dapat berjalan semula dan ketawa menghiburkan hatinya. dia tak fikirkan masa depannya, dia hanya fikirkan masa depan anaknya. sebelum meninggal ayah kamu ada berpesan "mah, andai abang pergi dahulu, abang harap mah jagalah anak kita dengan sebaik mungkin. berilah dia kasih sayang yang berhak dia dapat. mah, abang rasa masa abang dah sampai. halalkan segala galanya mah. abang banyak buat salah kat mah. abang tak dpat jadi suami yang sempurna untuk mah. namun abang tinggalkan mah dengan zuriat yang mampu menemani mah ketika abang tiada. mah, abang sakit ni. sakit mah... tapi abang sanggup menahannya untuk anak abang."

anak--> mak ckap apa ni?

emak--> buka la belakang jam peninggalan ayah kamu yang kamu pakai tu... ingat tak dulu kamu begitu suka dengan jam itu kerana jam itu sebagai penganti ayah kamu. kamu yang berkata begitu kan? nah sekarang buka lah belakang jam tu.

anak--> ada nota..."anak ku, andai kamu telah membaca surat ini, ketahuilah akan dikau ayah telah lama berada dalam hatimu... kasih ayah padamu tiada berakhirnya...ayah tunggumu di syurga... jaga la emakmu sepemergian ayah ini...anakku sayang..."

emak--> inilah orang yang kamu benci sebenarnya berada dalam hati kamu sendiri..

anak-->emak ampunkan dosa saya mak....ayah maafkan saya ayah...ya Allah tempatkanlah ayahku ditempat orang orang yang Engkau redhai...mak mulai sekarang saya akan membela hidup kita sekeluarga..

emak--> alhamdulillah..syukur kepada Allah..

~sesapa yang punya ibu dan ayah lagi, berbuat baiklah kepada mereka... kepada yang dah kehilangan mereka...sentiasalah memohon doa kepada Allah untuk mereka...



Sumber:
Fanpage : http://www.facebook.com/nakshare?ref=stream


P/S:Semoga para pembaca boleh share di fb atau twitter :D

Saturday 8 December 2012

Cara hack reload Credit Topup Semua Rangkaian Di Malaysia Dengan Mudah

Ada mesej daripada seorang kawan yang mengajar bagaimana untuk menambah nilai telefon bimbit setiap bulan secara percuma. Jom! sama-sama berkongsi.
Klik untuk penguna:
Maxis
Celcom
 Digi
Xpax
Tunetalk



Boleh diguna pakai untuk 012, 013, 016, pengguna 019 dan selainnya. Apa yang pasti teknik ini adalah haram.

Hanya boleh dilakukan ini setiap 12hb dan 13hb setiap bulan kerana pada hari itu pengemaskinian sistem.

** Dail "1415007" menggunakan HP anda dan tunggu selama 5 saat

** Selepas 5 saat, anda akan mendengar beberapa bunyi lucu (Seperti bunyi dari TV apabila siaran selesai)

** Setelah bunyi berhenti, segera dail 9151 diikuti dengan nombor telefon anda.

** Anda akan mendengar mesej "please insert your pin number"

** Masukkan nombor pin "0117 8545 22700 734 2345" dan tunggu untuk mesin suara mengulangi nombor pin tersebut.

** Selepas nombor pin diulang dail "0405 bagi KL, 0404 bagi Kedah 0402 Pulau Pinang, 0401 bagi Selangor, 0801 untuk Sabah dan 0802 bagi Sarawak "

** Anda akan mendengar mesej "for air time top-up press ................

                                                                                         
    
                                                                       Baca Selanjutnya ---->
Sumber:
           http://busuk.org/ping/view/278279


Wednesday 5 December 2012

Koleksi Cerita Lawak I


Lawak 1 :

Sepasang atuk dan nenek yang akhir-akhir ini menjadi pelupa dalam segala hal.. akhirnya pergi menemui doktor.. Dokter mengatakan bahawa secara fizikal mereka sihat saja. Doktor menyarankan agar mereka membiasakan diri untuk menulis apa saja untuk membantu mereka mengingat segala perkara.

Suatu malam kedua atuk dan Nenek tersebut sedang menonton TV...Tiba-tiba si atuk berdiri..

Nenek : "Mahu kemana?"

Atuk : "Oh aku mahu ke dapur untuk mengambil segelas air"

Nenek : "Kalau begitu.. tolong bawakan aku AISKRIM VANILA"

Atuk : "OK .."

Nenek : "Eh tunggu.. sebaiknya abang tulis dulu supaya tidak lupa"

Atuk : "Ah tidak perlu.. aku ingat... Aiskrim vanila kan?"

Nenek : "Kalau begitu tambahkan strawberry dan krimnya"

Atuk : "Beres .. !!"

Nenek : "Ah sebaiknya tulis semua pesananku itu..nanti pasti abang akan lupa semuanya"

Atuk : "Jangan Bimbang.. aku masih ingat.. Aiskrim vanila..strawberry dan krimnya bukan?"

Dua puluh minit kemudian Si Atuk datang dan memberikan kepada nenek sepiring daging dan beberapa biji telur rebus.




Lawak 2 :

Seorang ibu sedang sibuk di dapur mendengar anaknya yg baru berusia sepuluh tahun bermain di ruang tengah. Si ibu mendengar anaknya berkata begini... 

"Para penumpang.. Encik2 dan Puan2 keparat sekalian.. dipersilakan naik ke pesawat dan duduk di kerusi masing2.." 

Si ibu terkejut, bergegas mendatangi anaknya dan berkata : 
"Nak ooo Nak.. kan ibu dah kata.. jangan gunakan kata-kata kotor seperti itu. Sekarang.. engkau kena hukum... berdiri diam di dapur selama 2 jam!" 

Dua jam kemudian hukuman pun berakhir. Si anak terus saja meneruskan permainannya. Si Ibu di dapur kembali mendengar anaknya berkata-kata dalam permainannya itu... 

"Para Penumpang.. Encik2 dan Puan2 yg dihormati. Sebentar lagi pesawat kami akan terbang. Silakan Naik dan duduk ditempat masing2... Selamat menikmati penerbangan kepada Encik2 dan Puan2 yang terhormat" 

Ibu yg di dapur tersenyum puas.. tetapi kemudian didengarnya lagi anaknya meneruskan ucapannya, "Bagi yg ingin memprotes kerana penerbangan ini terlewat DUA JAM... Sila protes kepada wanita jahanam yg kini berada di dapur!"


Lawak 3 :

Botak: Aku pelik la...
Jamil: ko kenapa botak? marah marah dah macam Power Rangers aku tengok..
Botak: Aku menyampahlah...asal aku beli barang ni je mesti orang tanya aku nak buat apa dengan benda tu...Suka hati aku la kan...
Jamil: Wah,ko beli benda ape tu?
Botak: Ni...aku beli sikat rambut...
Jamil: Ko nak buat apa dengan benda tu Botak?
Botak : @#@$&^&*


Lawak 4 :


Suatu hari di kedai makan...

pelanggan: Bang,mari sini sekejap..

pelayan : ye saye, ada apa encik?

pelanggan : saya ada masalah dengan sup saya ni..

pelayan : kenapa encik?

pelanggan : cuba kamu rasa sup ni..

pelayan : kenapa? sup ni terlalu masin ke encik?

pelanggan : tak, cuba kamu rasa dulu..

pelayan : ke sup ni terlalu panas?

pelanggan : takkkk, cuba le kamu rasa dulu..

pelayan : ok, baiklah... eh, pahitnyerrr yark! 

pelanggan : haaa... tu la masalah dia.. ! Sup ni ada lipas!..makan la sup ni sampai kenyang..nahh hirup lagii



Lawak 5 :


Bakar bin Suruh

Cerdik seorang budak...

begini ceritanya..... dalam sebuah kampung.. ada seorang budak bernama Bakar Bin Suruh... pada satu hari... ayahnya meminta si bakar pergi ke pekan untuk membeli gula.. bakar pun pergi...

Dalam perjalanan,, tiba2 si bakar terlihat rumah terbakar...dia pun nak menyibuk tengok kejadian itu... dan tiba2... seorang polis bertanya kepada org ramai yg berda di sana...
...
Polis: Siapa Bakar???

Bakar: Saya.... (dengan selamba biawak menjawab)

polis: siapa suruh???

Bakar: Bapa saya...


Tuesday 4 December 2012

Taktik Rahsia Datuk Rajagopal


Assalamualaikum,ada sedikit  info dari fb dimana Datuk Rajagopal telah mengunakan taktik overlapping yang membuatkan kita menang menentang Indonesia aka Garuda.

 
Info   <<< KLIK

ok... ari ni saya akan bagi info sikit tentang OVERLAPPING TACTIC.. utk pengetahuan semua,DATUK RAJAGOPAL mmg sgt menggemari formation 4-4-2 n sukakan overlapping tactic ketika menyerang... di sini saya ade tnjukkan gambar sikit utk bg anda semua fhm tentang tactical yg membuatkan kiter menang ketika menentang INDONESIA baru2 ni dlm peringkat kumpulan PIALA AFF SUZUKI 2012.

Jika kita lihat ketika itu,goal pertama hasil CROSSING drpd MAHALI n gol kedua jaringan drpd MAHALI... jika anda tidak perasan,kedua2 gol adalah hasil overlapp drpd bek kanan kita... ok.. disini saya letakkan contoh tentang ape yg dikatakan tentang OVERLAPPING TACTIC ni...
pertama PEMAIN SAYAP KANAN (wan zack) membawa bola sedikit ke dalam dan ini membuatkan kwsn sebelah kanan padang akan KOSONG... jadi,PEMAIN PERTAHANAN KANAN (mahali ) akan berlari ke sebelah kanan dan meinta bola untuk dilorong kepada beliau... tactical sebegini akan membuatkan lebih banyak ruang dibuka dan lebih byk CROSSING yg boleh dilakukan... tapi jgn salah anggap,formation 4-3-3 pn still boleh main OVERLAPP mcm ni...



Entri Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bersumber dari : http://www.abyfarhan.com/2013/01/cara-membuat-like-box-facebook-melayang_4.html#ixzz2JSICtrSO Follow us: @aby_farhan on Twitter