Tuesday 24 January 2012

Ombak Menganas Atau Ombak Tsunami(Scene2 yang fail)

Assalamualaikum.ok kali ni pulak post pasal scene-scene yang fail dalam Ombak Rindu.Ok kalau korang belum tengok lagi post saya yang lepas pasal Bila Pengarah Fail Mengarah sila la tengok.Ni la kerja saya masa  cuti sekolah tahun baru cina ni :) >_<..Ok kali ni himpunan-himpunan scene yang fail dalam filem Omabak Rindu,yang saya senarai kan ni.Dan korang akan kata ,, ''Eh ye la''..Peace YO:)

1. TRIVIA: Scene keretapi ini dilakonkan di stesen kereta api Alor Star. Ianya berdasarkan struktur stesen dan kawasan yang dalam pembinaan, yang mana adalah dahulunya adalah bangunan lama. Dalam filem ini, Izzah naik tren nak ke Kuala Lumpur. Dalam realitinya, tren yang dinaiki Izzah sebenarnya menuju ke Arau dan seterusnya ke Siam. Untuk ke Kuala Lumpur, tren sepatutnya datang dari arah yang berlawanan. Dan, tren tersebut hanya ada pada waktu malam.

2. Haris yang basah kuyup sebab tolong Izzah masuk ke dalam kelab malam dengan baju putih yang dipakainya tadi semasa menyelamatkan Izzah. Peliknya, bajunya kering dan tidak menunjukkan tanda tanda basah sedikit pun (walaupun ada adegan Haris lap mukanya dengan tisu). Sempat plak Haris betulkan rambutnya yang basah tu ek. 

3. Malah, semasa Haris buka bajunya dan menampakkan singlet. O mai goodness, singletnya tak kelihatan basah dan melekit ke badan pun.
4. Malah, baju yang sama, seluar jeans basah dan dengan kasut yang sama juga dipakai sehinggalah dia balik berjumpa mamanya. Nampaknya Haris memang suka pakai baju, seluar dan kasut basah. Ha3.
5. Anak kucing Izzah yang dia kutip membesar dengan cepat. Setelah beberapa syot saja, kita lihat Izzah memegang kucing dewasa. Perhatikan semasa dia di rumah semasa Haris datang. Jika kucing membesar ini mahu menunjukkan jarak masa yang panjang, sepatutnya perbincangan tentang nama kucing tak patut berlaku. Pilihan nama kucing tu patut berlaku semasa Izzah baru mengutip kucing tu dan bukannya lepas kahwin.
6. Seorang hamba Allah muncul sedang sujud bersolat di tepi (saf hadapan) secara tiba tiba lepas tukar syot. Lihat di tepi skrin selepas syot bertukar.
7. Semasa Haris baringkan Izzah, rambut yang berada di bahunya tidak jatuh ke belakang. Tukar syot, rambutnya berada di belakang badannya secara tiba tiba.
8. Sekeping gambar muncul di lajur tengah bawah secara tiba lepas tukar syot.
9. Bakul sampah yang disepak Haris hilang entah kemana walaupun tak ada siapa pun ubah semasa Haris angkat Izzah.
.10. Air pasang muncul tiba tiba sedangkan semasa Izzah bersembunyi di bali batu, kawasan tersebut masih belum dinaiki air.
11. Rambut Izzah di bahu kirinya yang berada di atas bahunya berada di belakang tiba tiba selepas tukar syot.
12. Mail dayung botnya meninggalkan rumah lama Izzah. Namun, syot seterusnya, kita akan lihat rumah Izzah tiada pun di belakang Mail walaupun dia tak sampai beberapa meter meninggalkan kawasan tersebut. Yang hanya ada, tebing lumpur berselut.
13. Malah, tebing yang berlumpur dalam syot Mail hilang dalam syot Izzah. Dalam syot Izzah, tebing sungai ada air.
14. Semasa jam tangan Izzah jatuh dalam air, korang akan perasan yang tali di depan sampan muncul dan hilang di antara syot.

15. Semasa Izzah bangun, korang akan perasan yang cermin belakang Izzah gelap. Namun, semasa Mila datang, korang akan lihat cermin belakang cerah, menampakkan bangunan di luarnya.  Malah, belang belang di cermin kejap ada kejap xda between syot.
16. Hillux yang terjunam ke dalam gaung bukanlah Hillux yang dipandu oleh Haris. Hilux haris ada sticker di cermin depan.
17. Semasa Izzah meluru ke kereta Haris yang terjunam, sebuah keluarga yang entah datang dari mana siap dengan anak kecilnya datang meluru sekali. Apa yang kita tahu, kawasan ini adalah cerun bukit dan tiada siapa di kawasan tersebut melainkan Haris, Izzah dan pemandu lori. Or, mungkinkah pemandu lori tu sebenarnya bawa anak bininya bersiar siar dengan lori tanah tu?
18. Haris yang koma berganjak ke tepi apabila Izzah baring di sebelahnya dan kembali berada di tengah katil dalam syot seterusnya.
19. Semasa Izzah letak mangkuk, tiada gelas kelihatan di sebelah mangkuk. Semasa ibu Haris masuk, mangkuk tiada dan gelas muncul entah dari mana.
20. FAKTA ATAU AUTA: Haris telefon Izzah guna telefon rumah. Tetapi, di handphone Izzah, korang akan nampak nombor 010 ataupun 016 (which means that panggilan ini dari nombor telefon bimbit). Malah, nama pemanggil, ‘Abang Haris’ tertera di skrin walhal Haris tidak menggunakan telefonnya untuk call Izzah.
21. Ramai blogger berkata yang tiub drip di tangan Izzah sebenarnya dipasang terbalik.
22. Mail arah Seha suruh arah budak budak. Perhatikan budak pakai baju merah yang berada di belakang sana. Dia berada di batas yang lain. Tapi, syot seterusnya, korang akan perasan yang budak tu berada sebaris dengan batas Seha sebelum syot seterusnya menunjukkan budak tu kembali berada di batas yang lain semula secara tiba tiba.
23. TRIVIA: Mael lupa naikkan tongkat motor. Pemanduan yang amat bahaya bila sampai di selekoh.
24. Mail dah bonceng motornya naik ke atas jalan selepas hantar Haris. Tetapi, syot seterusnya kita akan lihat Mail sekali lagi nak naik ke atas jalan.
25. Jika Izzah pakai kain batik, apakah benda berkotak yang berada di belakang Izzah yang nampak terbonjol dari bajunya yang nipis itu? Itu mungkin wireless mic.
26. Syot jauh menunjukkan Izzah pegang newspaper Berita Harian. Close-up newspaper pula menunjukkan Izzah pegang suratkhabar Metro.

P/S:Tajuk post kali ni agak kertelaluan,,hahaha ,,ni sebab ada permintaan seorang rakan saya.:)Ape macam??anda percaya tidak??Siapa-siapa yang ade perasan scene-scene yang file dalam filem lain sila komen di bawah,Terima kasih kerana membaca :) share-share lah :)

1 comment:

  1. sila link ke blog asal... ini bukan perkara yang penulis asal suka

    - penulis asal Goofspot.

    ReplyDelete

Entri Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bersumber dari : http://www.abyfarhan.com/2013/01/cara-membuat-like-box-facebook-melayang_4.html#ixzz2JSICtrSO Follow us: @aby_farhan on Twitter