Sunday 27 January 2013

Disebalik Penipuan Free Topup Di Facebook


Perhatian!!!Sejak akhir-akhir ini,satu applikasi facebook yang menjanji kan kepada kita topup free yang bernilai antara RM5-20 adalah satu penipuan.Korang tidak tahu sampingan dari mengunakan applikasi tersebut.Antara post yang sering kita lihat di group-group facebook.

Barujumpa , nielah triks dpt topup free RM15 kat facebook , ramai dh kena tipu tapi naseb baik aku jumpa yg real punya,Trylah! , bagaimanacaranya ? ni dia link topup free itu
>www.facebook.com/29458552sk=free_topup

Yes , Akhir nya saya Dapat Topup Jugak RM 20 , sikit tapi yang penting FREE , HIHI , Nah web Ni Bagi Topup Free... www.facebook.com/122911544536348?sk=app_208195102528120

Tanpa korang sedari korang telah menghantar maklumat peribadi korang seperti no tel korang.Selain itu data-data facebook korang jugak dapat diketahui oleh mereka yang membuat applikasi ini.Secara tidak langsung ,setiap kali korang menggunakan applikasi ini, korang sebenarnya memuat turun virus dalam senyap-senyap.

Tetapi korang masih sempat untuk mengelakkan dari terkena penipuan ini dengan mengikuti cara-cara menghalang applikasi free topup di facebook.

Selain itu bermacam-macam lagi applikasi seperti mendapat hanset secara percuma

Nk share dkt group ni. Siapa nk phone sony free? Baru je dapat Sony Xperia dekat sini http://hailatbro.com/SonyContest2013 korg try la dan jawapan utk soalan dia Make.Believe.

Diharap korang menyebarkan info ini kepada orang ramai sebelum terlambat.

No comments:

Post a Comment

Entri Berkaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bersumber dari : http://www.abyfarhan.com/2013/01/cara-membuat-like-box-facebook-melayang_4.html#ixzz2JSICtrSO Follow us: @aby_farhan on Twitter